Impian jadi Kenyataan
Thank you Allah!Alhamdulillah, impian jadi kenyataan! Betulah orang cakap dalam susah akan ada senangnya.. and here i am.. (entri ditulis Julai 2019)
Dari kecik lagi aku dah berangan nak meneroka dunia luar.. mungkin jugak terpengaruh dengan siri dokumntari pasal cuti-cuti dalam tv tu. haha.. bila aku cakap kat omma "mak, besar nanti bila adik dah kerja adik nak melancong pergi overseas lah!" dan omma den macam biasalah pesanan mak-mak dia. "bahaya lah dik.. awak tu perempuan.. kalau nak jugak pergi kawin sana. nanti dah ada laki haaa ajak lah laki tu pusing dunia" dannn berbekalkan pesanan tu aku tetap tak keluar dari Malaysia. dan bila hati aku terbukak untuk bercinta, Allah datangkan seseorang untuk aku berkongsi raya.. dan dengan dialah aku berkongsi cerita nanti kalau kawin aku nak bawak laki aku ukur jalan.. kalau ada anak sekalipun dengan anak2 sekali aku nak angkut 😂
Tapi tulah.. macam drama melayu, kisah aku tak panjang, dan ternyata bukan dia yang Allah pasangkan dengan aku untuk sama sampai ke hari tua.. aku ok je.. sedih lah jugak sebab bukan senang aku nak suka orang. tapi aku sedar Allah know the best for me. nak move-on tu lama lah jugak.. keciwa tu satu hal, planning nak kawin tergendala dah satu hal.. lagi lambat lah aku boleh travel kan...
Bermula dari putus cinta tu aku macam tak senang duduk.. aku rasa bodoh. lepastu aku pun mulalah keluar dari zon selesa.aku mula kenal balik diri sendiri, sayang diri sendiri, dan mula rules my own life without people judgement.. ala2 guna konsep "pergi mati kaulah!" haaa giteww. lepastu ada kawan kerja aku propose ajak pergi Travel. dia memang kaki travel yang backpakers lepastu di ani pun pesen yang mengamalkan gaya hidup "pergi mati kaulah" jugek. So aku macam boleh ngan lah dengan dia ni. So dia propose Bali. aku macam krik2 masa tu sebab Bali ni biasanya orang pi honeymoon ja. aku ni baru lepas putus cinta bukan nak pi meraikan cinta 😂 tapi bila google nature of Bali aku terus ON weh! dengan syarat travel in small group & budget nak bawah RM1.5k. So in June 2019, we are flying to Bali.
Apa aku nak cakap sebenarnya.. terima kasih masa lalu kerana kegagalan dan kesedihan tu aku keluar dari zon selesa aku.. aku mula sayang diri sendiri, aku buat apa yang aku rasa nak buat tanpa tunggu persetujuaan orang, tak de orang teman takde hal, selagi boleh gerak solo kita jalan je! sampai satu tahap aku malas nak berinteraksi dengan orang wei! aku makan tengok drama korea, nak makan apa2 aku pergi je sendiri, aku rasa macam leceh pulak nak berkawan ni (hahaha)
Aku harap trip ni pembukaan untuk aku kenal dunia luar.. orang kata jauh perjalanan luas pemandangan.. dan diam mendengar lebih baik dari berkata-kata..

Comments
Post a Comment